Padah beli Kosmetik di Internet - Berhati hati


Kosmetik Yang Dicampur Merkuri, Selamat atau Tidak??
-------------------------------------------------------------------

Semalam, Harian Metro ada melaporkan mengenai kegilaan pengguna membeli kosmetik secara online. 

Turut dilaporkan, seorang pengguna kosmetik beracun ini mengalami perubahan pada wajah beliau apabila wajahnya menjadi kemerah-merahan dan tumbuh bintik pada bulan ketiga penggunaan.

Tahukah anda, antara kandungan bahan kimia yang biasa digunakan oleh pengusaha kosmetik haram ini ialah merkuri.

Menurut Dr. Charles Lee, Penasihat Perubatan Kanan, FDA, penggunaan merkuri dari tahap yang dibenarkan boleh merosakkan BUAH PINGGANG dan SISTEM SARAF. Ini disebabkan merkuri tersebut akan meresap masuk kedalam saluran darah manusia. Tambahan pula, ia boleh menjejaskan PERTUMBUHAN OTAK JANIN di dalam kandungan.

Sebenarnya, kita tidak perlu menggunakan produk tersebut untuk mendapat kesan sampingan merkuri.
Menurut ahli toksikologi FDA, Mike Bolger, manusia terutamanya kanak-kanak, boleh memperoleh merkuri di dalam badan mereka dengan hanya MENGHIDU wap merkuri jika terdapat ahli keluarga yang menggunakan krim kulit yang mengandungi merkuri.

Terdapat kes di mana kanak-kanak memperoleh merkuri dengan MENYENTUH ibu mereka yang menggunakan produk kosmetik bermerkuri.

Anda semua dinasihatkan agar berhati-hati dalam pemilihan kosmetik terutamanya dari syarikat yang tidak dikenali. Gunalah kosmetik yang bernotifikasi dengan KKM. Jangan mudah terpedaya dengan iklan, testimoni dan gambar palsu. Sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain agar maklumat ini sampai kepada mereka.